SS501 WORLD

Sabtu, Mac 19, 2011

Menurut CNR Media pada tarikh 10 Ogos 2010, "Park Jung-min bekerjasama dengan kami kerana dia ingin meleparkan sayapnya ke wilayah Asia, tentu saja termasuk Korea. Nantinya, tujuan yang ia ingin capai adalah menetapkan diri sebagai multi-entertainer Asia. Dan juga, Jungmin akan tetap menyertai dalam hal apapun yang berkaitan dengan SS501 sebagai SS501 Jungmin, dan kzrena itu, kegiatan SS501 akan menjadi keutamaan utamanya ".

Walaupun telah mengatakan hal itu, sekarang ini, nama 'SS501' adalah milik DSP Media, kerana semua member pindah ke agensi yang baru, jadi mereka bekerja untuk agensi itu, sepertinya mereka tidak boleh menggunakan nama SS501, jadi sepertinya itu hanya wacana saja.

Seorang perwakilan dari leader SS501 Kim Hyun-joong yang telah pindah ke Key East mengatakan bahawa hubungan Hyun-joong dengan member lain tetap baik, dan nantinya, kemungkinan akan tetap dapat melakukan kegiatan muzik sebagai SS501.

Perwakilan itu juga menambah bahawa Hyun-joong tidak akan meninggalkan SS501. Tapi dengan situasi Park Jung-min sekarang, itu sepertinya tidak mungkin. Dengan masalah itu, agar mereka berdua bebas dari segala bentuk rumor 'pembubaran', semua maklumat akan dikeluarkan hanya lewat wakil agensi mereka.

Sementara itu, dengan keluaran notis rasmi tentang kerjasama Park Jung-min dengan agensi baru maka banyak orang yang bertanya mengenai nasib dari member yang lain Heo Young-saeng, Kim Kyu-jong dan Kim Hyung-joon. Bahkan ada yang mengatakan bahawa CNR Media juga mengontrak Heo Young-saeng, Kim Kyu-jong dan Kim Hyung-joon.

Menurut seseorang yang berkaitan dengan ini, mereka bertiga - Heo Young-saeng, Kim Kyu-jong dan Kim Hyung-joon-sedang mencari agensi baru. Diantara mereka bertiga, disebutkan bahawa Kim Kyu-jong dan Heo Young-saeng sedang membincangkan kontrak dengan agensinya penyanyi wanita terkenal L. Sedangkan Kim Hyung-joon, ia akan mencari agensi yang berbeza dengan Kim Kyu-jong dan Heo Young-saeng.

Walaupun mereka terpisah di berbagai tempat, mereka tidak ingin meninggalkan SS501.

Termasuk Kim Hyun-joong dan Park Jung-min, Heo Young-saeng, Kim Kyu-jong, Kim Hyung-joon semuanya ingin tetap meneruskan SS501 dan tidak mahu dibubarkan.

Sekarang ini, SS501 belum akan melakukan kegiatan bersama, tapi nantinya, mereka mungkin akan seperti Shunhwa: 'berasingan tetapi selalu bersama'.

Tapi kerana mereka tidak berada dalam agensi yang sama untuk melakukan kegiatan bersama-sama, fans merasa sukar untuk berharap banyak dan tidak dinafikan sedikit sedih.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan